MAAHAD DARUL MAHFUZ (MDM) berada di alamat, No. 1, Kampung Ujong Tanjong, 71500 Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.




Ia merupakan sebuah rumah lama yang diinfaq oleh pemiliknya, seorang yang dermawan kepada kami.


Kami sedang dalam usaha untuk mendaftarkan MDM dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Kami telah memajukan permohonan menubuhkan MDM kepada JHEAINS dan telah pun menerima jawapan balas positif daripada Jabatan itu.




Sebagai mematuhi syarat-syarat dari JHEAINS, MDM telah berurusan dengan jabatan-jabatan berkenaan untuk mendapatkan sokongan bagi penubuhan tersebut.


Setelah dilawati oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), pihak Bomba telah memberikan jawapan balas yang menyatakan Jabatan itu TIDAK MENYOKONG penubuhan MDM.




Kami segera menemui pihak Bomba bagi mendapatkan ulasan lanjut mereka tentang alasan mengapa mereka tidak dapat menyokong penubuhan MDM. Pegawai yang bertanggungjawab telah memberitahu kami semua langkah-langkah pencegahan kebakaran telah pun dipatuhi oleh MDM, melainkan hanya satu perkara sahaja yang tidak dipenuhi, iaitu bangunan itu tidak mempunyai tangga kedua yang boleh digunakan sebagai laluan menyelamatkan diri jika berlakunya bencana kebakaran.




MDM dengan segera membuat perancangan bagi membina tangga kedua tersebut seperti yang diminta.








Sehubungan itu, MDM kini sedang bertungkus-lumus mencari dana bagi membina tangga ini. Walaupun binaan tangga ini nampaknya seperti ringkas, namun dengan kos bahan binaan dan upah buruh yang tinggi pada hari ini menjumlahkan kos yang masih terlalu tinggi bagi MDM yang sememangnya beroperasi dengan tidak mempunyai apa-apa. 



Kepada para dermawan yang mahu sama-sama ambil bahagian dalam pembinaan amal ini, bolehlah membuat sumbangan. Setiap sumbangan walaupun kecil tetap besar nilainya dan akan tetap diambil kira oleh Allah.


Walaupun infaq ini bertujuan membina tangga, namun setiap amalan pelajar-pelajar ini mempelajari dan membaca al-Quran akan masuk ke dalam buku catatan amal para penderma dan terus berkembang dan bertambah sebagai sedekah jarriah di sisi Allah.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM5
Sumbangan RM10
Sumbangan RM15
Sumbangan RM30
Sumbangan RM50
Sumbangan RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN