Dulu pengajian kami berjalan di Taman Nirwana, Ampang. Di sana, kami menyewa. Kos di kotaraya sangat tinggi sehinggakan kami menanggung hutang yang banyak. Kami tetap bergerak, walaupun hadapi banyak halangan. Sedar-sedar 5 tahun dah pun berlalu.




Kemudian, kami ditawarkan sekeping tanah wakaf supaya kami ada tempat sendiri di Panchor, Mukim Ampangan, Seremban. Lalu, kami berpindah ke Taman Jemerlang Indah, Panchor, Seremban supaya hampir dengan tanah wakaf itu. Tapi, kami tak punyai apa-apa untuk mulakan pembangunan. Alhamdulillah... atas ehsan penduduk taman, kami dibenarkan menumpang sementara di Surau Taman Jemerlang Indah untuk meneruskan pengajian.




Selepas 8 bulan di Seremban, kami dapati bahawa menumpang di surau awam tersebut membuatkan perjalanan pengajian dan tarbiah menjadi tak lancar. Dengan berkat sabar dan doa, Allah hantar seorang dermawan yang menawarkan rumah banglo beliau untuk kami duduki sebagai bangunan pengajian dan asrama.


Kini, kami berada di alamat Kampung Ujong Tanjong, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah.




Walau bagaimanapun, bangunan lama ini mengalami banyak kerosakan dek dimamah usia. Banyak penyelenggaraan dan pemulihan  yang menelan kos tinggi perlu dibuat.


Kepada para dermawan yang mahu sama-sama ambil bahagian dalam amal ini, bolehlah membuat sumbangan. Setiap sumbangan walaupun kecil tetap besar nilainya dan akan tetap diambil kira oleh Allah. 


Carilah redha Allah, walaupun hanya dengan RM5.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM5
Sumbangan RM10
Sumbangan RM15
Sumbangan RM30
Sumbangan RM50
Sumbangan RM100
Sumbangan RM500
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Maahad Darul Mahfuz
pengajian.darulmahfuz@gmail.com
+60172257353